ucapan selamat tahun baru 2010

>> Saturday, December 26, 2009

Selamat tahun baru 2010.

Nampaknya blogger telah manafaatkan sebaiknya tahun 2009 dengan pelbagai warna fikiran—hitam, putih, dan merah. Jika fikiran warna warni ini jatuh ke mata hati seniman maka tiada yang jahat dapat dikesan. Hitam yang selalu dilambangkan sebagai jin hitam, tetap cantik jika dipadankan dengan warna lain, khususnya putih. Merah yang menyakitkan mata tetap hebat terutama jika dikaitkan dengan semangat perjuangan—transformasi Kimaragang.

Blogger Wilayah Kimaragang adalah pencipta pendapat yang berani. Selesa di sebalik nama-nama samaran dan nama glamor yang hebat, bloggers berjaya menjadikan dunia Kimaragang maya begitu ceria, seakan pesta sukan minda. Kerana rajin, isu kecil sanggup dipolimikkan dan ini tidak mengapa—dawat maya tidak mahal!

Anehnya, tema sukan minda ini ke politik juga akhirnya. Agaknya sedap tulis dengan resipi politik. Ayat-ayat yang longar dan sumbang pun jadi hidup dengan adanya mesej politik. Lebih menghairankan, mungkin blogger ini bukannya ahli politik yang sebenar. Blogger mungkin pelajar, pegawai kerajaan, penganggur atau ahli perniagaan tetapi, anehnya bila ke maya, politik juga tujunya.

Untuk menzahirkan pemikiran pelbagai tema, blogger wajar juga menerokai pemikiran baru di luar konteks politik. Bloggers perlu bebas dari tema politik kerana selain politik, pembaca blog pasti terhibur dengan tema lain. Sebenarnya apa-apapun boleh menjadi fokus pemikiran. Sebagai contoh, dalam konteks pertubuhan sukarela, blogger boleh memusatkan penilaian tentang kualiti visi, misi, nilai, slogan, falsafah, prinsip, lagu rasmi, logo, bendera, pakaian seragam, pelan strategik, perlembagaan, prosedur, agenda mesyuarat, mekanisma pentadbiran, mekanisma perhubungan awam, ucapan, pengendalian majlis, kejayaan, kegagalan, dan komitmen pertubuhan berkenaan.

Blogger mempunyai peranan penting dalam membentuk pendapat awam. Blogger memikul tanggungjawab sebagai lidah pengarang yang bertujuan membetulkan tanggapan awam tentang sesuatu isu demi kepentingan bangsa dan negara.


Selamat Tahun Baru 2010.

Janathan Kandok
(Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia)

4 comments:

Anonymous December 26, 2009 at 6:34 AM  

salam tuan presiden kimaragang malaysia...
ba bgs la ni ada blog kita suda. apa2 boleh kita dpt info dan update terbaru. harap blog ini menjadi pusat kpd semua kimaragang utk berkumpul dan bersatu utk kebaikan dan kemajuan bersama2. pasal politik tu... ngam la tu tuan, byk isu lain lagi yg kita boleh buat. bgs kita fokus kpd kuasa ekonomi di zaman internet ni...
apa2 pun semoga tuan terus memajukan bangsa kita, kimaragang.

Presiden KIMARAGANG Malaysia December 27, 2009 at 2:53 AM  

terima kasih skypips atas pandangan betapa kita perlu beri tumpuan kepada pembangunan ekonomi bangsa Kimaragang.

Sebagai ingatan bersama, menyebut soal ekonomi maka wajar juga kita mengetahui apakah status sosiekonomi bangsa kita ketika ini. Apakah jatuh pada tahap:

1. Upper upper class?
2. Upper middle class?
3. Upper lower class?
4. Middle upper class?
5. Middle middle class?
6. Middle lower class?
7. Lower upper class?
8. Lower middle class?
9. Lower lower class?

terima kasih.

IsOn December 28, 2009 at 5:29 PM  

Selamat tahun baru tuan.

Saya suka membaca lontaran minda yang tuan cuba ketengahkan. Saya bersetuju bahawa banyak tema lain yang perlu kita bahaskan di alam maya ini selain daripada politik.

Mungkin kerana cerita politik 'senang' masuk dalam semua golongan masyarakat (dan menjadi budaya bagi golongan tertentu), maka bloggers dan para pengomen blog seringkali 'terperangkap' dalam bicara politik, dan hampir semua perkara pun dipolitikkan juga.

Semoga di tahun yang baru, tahap pemikiran orang2 Kimaragang akan maju setapak lagi menjadi lebih terbuka dan explorer dalam menjana kemajuan bangsa ini.

Presiden KIMARAGANG Malaysia December 30, 2009 at 5:43 AM  

kita gembira isON setia menjadi pratagonis kepada Pertubuhan Kimaragang Malaysia sejak dulu lagi dan pendirian seumpama ini amatlah dihargai terutama ketika pertubuhan ini masih lagi terkial menampakkan kepentingannya kepada bangsa Kimaragang. Namun yang memilih antagonis juga tetap dihargai. Kita sedar pemikiran, walau macam mana bentuknya, tetap wajar sebagai input pengurusan pertubuhan Kimaragang Malaysia.

Lorem Ipsum

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP