HARI MALAYSIA: APAKAH MAKNANYA BAGI BANGSA KIMARAGANG?

>> Saturday, October 31, 2009

Hari Malaysia—16 September—yang diumumkan sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini ialah ibu kepada semua hari kebesaran di negara ini. Kerajaan membuat keputusan mengangkat tanggal 16 September ini sebagai Hari Malaysia adalah sebagai memperingati penubuhan Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September, 1963. Fungsi utamanya ialah perpaduan Wilayah Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Maknanya apabila menyebut 16 September, rakyat cepat teringat bahawa tanggal inilah lahirnya sebuah Negara baru—Malaysia dalam tahun 1963. Memanglah banyak aspek yang penting yang terkandung dalam Hari Malaysia ini dan dalam konteks Sabah, Hari Malaysia cepat mengingatkan rakyat Sabah bahawa sebelum lahirnya Malaysia, Sabah sebenarnya adalah sebuah Negara, walaupun pada hakikatnya sebuah Negara miskin dan masih dijajah oleh British. Menubuhkan sebuah Negara baru yang belum tentu terjamin masa depannya adalah cabaran yang paling berat yang dihadapi pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah pada ketika itu. Apakah dengan mengorbankan taraf Negara Sabah kepada negeri Sabah dapat menjamin masa hadapan rakyat Sabah dalam Malaysia nanti? Persoalan-persoalan inilah yang wajar diterokai oleh rakyat Malaysia di Sabah khususnya generasi muda bangsa Kimaragang supaya mereka menyedari fungsi sebenar Sabah dalam Malaysia.

Read more...

CIRI-CIRI PENASIHAT PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Penasihat Pertubuhan Kimaragang Malaysia berfungsi sebagai mekanisma penilaian keputusan-keputusan Majlis Tertinggi Pertubuhan Kimaragang Malaysia. Tokoh yang diangkat sebagai penasihat pertubuhan ini berperanan memastikan semua keputusan adalah congruent dengan keperluan sebenar bangsa Kimaragang supaya kegiatan pertubuhan ini bertepatan dengan keperluan kewujudannya dalam dunia Kimaragang. Bertepatan dengan kedudukannya yang tertinggi dalam pertubuhan ini, Penasihat berpotensi melihat pertubuhan ini secara menyeluruh melalui penelitian ke atas minit-minit mesyuarat, tatacara pelaksanaan sesuatu majlis, program, atau kegiatan serta pencapaian visi, misi, dan pelan strategi pertubuhan ini. Kerana begitu penting bagi pertubuhan ini, tokoh yang diangkat menjadi penasihat mestilah seorang yang nampak pada tingkahlaku dan dengar pada pertuturannya semangat nasionalisme bangsa Kimaragang yang tinggi. Tokoh berkenaan juga mestilah bukan sahaja berpendidikan tinggi tetapi juga mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran agensi kerajaan, persatuan sukarela, serta nampak liberal dalam pemikiran dan tindakan. Penasihat pertubuhan ini adalah figurehead dalam pertubuhan ini dan pandangan dan kehadirannya dalam majlis-majlis rasmi pertubuhan ini membawa kesan perpaduan Majlis Tertinggi Pertubuhan dan juga seluruh ahli pertubuhan ini.

Read more...

JAWATANKUASA PELAKSANA DEKLARASI TRONGSOKO TIDAK DIBUBURKAN

Deklarasi Trongsoko terhasil dari gabungan pemikiran penting pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli politik, dan usahawan bangsa Kimaragang dalam Seminar Modal Insan Kimaragang di Trongsoko pada 29. 8. 2008. Seminar itu dilaksanakan atas nama Institut Penilaian Sastera (INPES). Menyedari betapa ruginya jika ketetapan-ketetapan yang terkandung dalam Deklarasi Trongsoko itu tidak dilaksanakan maka Jawatankuasa Seminar Modal Insan Kimaragang berkenaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Deklarasi Trongsoko (JPDT) di Pekan Kota Marudu. JPDT berkenaan masih lagi dilaksanakan atas nama INPES. Ahli-ahlinya adalah terdiri dari mereka yang terlibat dalam Seminar Modal Insan Kimaragang tersebut. Mesyuarat kedua JPDT diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Semua ahli JPDT telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Bagaimana pun ada juga ahli yang tidak dapat hadir. JPDT masih lagi bergiat atas nama INPES. Atas persetujuan sebulat suara, JPDT memutuskan supaya Deklarasi Trongsoko perlu diperjuangkan atas nama persatuan yang membawa nama KIMARAGANG. Pilihan terbaik ialah atas nama Persatuan Kimaragang Bersatu Sabah (PKBS). Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerana JPDT mahu memperjuangkan Deklarasi Trongsoko di peringkat nasional. Sambil mengucapkan terima kasih kepada INPES kerana menumpangkan kegiatan-kegiatan Kimaragang buat sementara waktu, JPDT muncul dengan nama persatuan baru—PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA atau ringkasnya KIMARAGANG. Selesa dengan nama ini, Jawatankuasa Penaja mengemukakan permohonan pendaftaran dan diluluskan pada 10 September, 2009. Dengan pertubuhan baru ini, Deklarasi Trongsoko kini telah diinstitusikan untuk meneruskan pelaksanaannya melalui JPDT yang ditubuhkan di Pekan Kota Marudu. Perlu ditegaskan bahawa ahli-ahli JPDT tidak dibubarkan. Bezanya, jika dahulu bergiat atas nama INPES, kini atas nama PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA.

Read more...

Lorem Ipsum

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP