JAWATANKUASA PELAKSANA DEKLARASI TRONGSOKO TIDAK DIBUBURKAN

>> Saturday, October 31, 2009

Deklarasi Trongsoko terhasil dari gabungan pemikiran penting pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli politik, dan usahawan bangsa Kimaragang dalam Seminar Modal Insan Kimaragang di Trongsoko pada 29. 8. 2008. Seminar itu dilaksanakan atas nama Institut Penilaian Sastera (INPES). Menyedari betapa ruginya jika ketetapan-ketetapan yang terkandung dalam Deklarasi Trongsoko itu tidak dilaksanakan maka Jawatankuasa Seminar Modal Insan Kimaragang berkenaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Deklarasi Trongsoko (JPDT) di Pekan Kota Marudu. JPDT berkenaan masih lagi dilaksanakan atas nama INPES. Ahli-ahlinya adalah terdiri dari mereka yang terlibat dalam Seminar Modal Insan Kimaragang tersebut. Mesyuarat kedua JPDT diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Semua ahli JPDT telah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut. Bagaimana pun ada juga ahli yang tidak dapat hadir. JPDT masih lagi bergiat atas nama INPES. Atas persetujuan sebulat suara, JPDT memutuskan supaya Deklarasi Trongsoko perlu diperjuangkan atas nama persatuan yang membawa nama KIMARAGANG. Pilihan terbaik ialah atas nama Persatuan Kimaragang Bersatu Sabah (PKBS). Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerana JPDT mahu memperjuangkan Deklarasi Trongsoko di peringkat nasional. Sambil mengucapkan terima kasih kepada INPES kerana menumpangkan kegiatan-kegiatan Kimaragang buat sementara waktu, JPDT muncul dengan nama persatuan baru—PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA atau ringkasnya KIMARAGANG. Selesa dengan nama ini, Jawatankuasa Penaja mengemukakan permohonan pendaftaran dan diluluskan pada 10 September, 2009. Dengan pertubuhan baru ini, Deklarasi Trongsoko kini telah diinstitusikan untuk meneruskan pelaksanaannya melalui JPDT yang ditubuhkan di Pekan Kota Marudu. Perlu ditegaskan bahawa ahli-ahli JPDT tidak dibubarkan. Bezanya, jika dahulu bergiat atas nama INPES, kini atas nama PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA.

1 comments:

IsOn November 10, 2009 at 3:17 AM  

Semoga hal ini benar2 dapat difahami oleh ahli2 DT dan JPDT khususnya dan seluruh warga Kimaragang amnya, agar pertubuhan KIMARAGANG benar2 dapat berfungsi dengan sebaik mungkin demi kemajuan bangsa ini.

Terima kasih atas penjelasan ringkas, padat dan tepat oleh tuan Presiden. Teruskan perjuangan.

Lorem Ipsum

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP