HARI MALAYSIA: APAKAH MAKNANYA BAGI BANGSA KIMARAGANG?

>> Saturday, October 31, 2009

Hari Malaysia—16 September—yang diumumkan sebagai cuti umum oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini ialah ibu kepada semua hari kebesaran di negara ini. Kerajaan membuat keputusan mengangkat tanggal 16 September ini sebagai Hari Malaysia adalah sebagai memperingati penubuhan Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 16 September, 1963. Fungsi utamanya ialah perpaduan Wilayah Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Maknanya apabila menyebut 16 September, rakyat cepat teringat bahawa tanggal inilah lahirnya sebuah Negara baru—Malaysia dalam tahun 1963. Memanglah banyak aspek yang penting yang terkandung dalam Hari Malaysia ini dan dalam konteks Sabah, Hari Malaysia cepat mengingatkan rakyat Sabah bahawa sebelum lahirnya Malaysia, Sabah sebenarnya adalah sebuah Negara, walaupun pada hakikatnya sebuah Negara miskin dan masih dijajah oleh British. Menubuhkan sebuah Negara baru yang belum tentu terjamin masa depannya adalah cabaran yang paling berat yang dihadapi pemimpin-pemimpin dan rakyat Sabah pada ketika itu. Apakah dengan mengorbankan taraf Negara Sabah kepada negeri Sabah dapat menjamin masa hadapan rakyat Sabah dalam Malaysia nanti? Persoalan-persoalan inilah yang wajar diterokai oleh rakyat Malaysia di Sabah khususnya generasi muda bangsa Kimaragang supaya mereka menyedari fungsi sebenar Sabah dalam Malaysia.

0 comments:

Lorem Ipsum

About This Blog

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP